Lokasi Taman Malinja

Taman Malinja (2023)

Taman Malinja merupakan salah satu kawasan kawasan taman perumahan di negeri Selangor. Taman Malinja terletak di bahagian barat laut Daerah Kuala Selangor manakala kedudukannya dalam Mukim Tanjong Karang, Taman Malinja terletak di bahagian paling selatan Mukim Tanjong Karang, dekat dengan sempadan Mukim Ujong Permatang. Antara petempatan manusia yang serantau dengan kawasan Taman Malinja ialah Taman Ria dan Taman Tanjung Karang Baru di bahagian barat laut, Kampung Tok Adam di bahagian utara, Taman Gembira, Taman Radin Mas dan Taman Karang Mas di bahagian tenggara, Taman Damai di bahagian selatan, dan Kampung Sungai Kajang di bahagian barat.[1][2] Taman Malinja mempunyai poskod tersendiri iaitu 45500 dalam daerah pos Tanjong Karang.[4]

Dari segi politik, kawasan perumahan Taman Malinja terletak di dalam kawasan parlimen Tanjong Karang. Dalam Dewan Negeri Selangor pula, Taman Malinja terletak di dalam kawasan negeri Sungai Burong.[5]

Kawasan Taman Malinja adalah salah satu kawasan petempatan manusia yang membentuk Bandar Tanjong Karang. Kedudukannya dalam Bandar Tanjong Karang, terletak di bahagian paling tenggara, berdekatan dengan sempadan Pekan Tanjong Karang.[2][6] Taman Malinja terletak di dalam Seksyen 2 Bandar Tanjong Karang.[2][6] Taman Malinja juga terletak di kawasan lembah Sungai Tengi yang bermuara di Selat Melaka.[2]

Rujukan

WikiPedia: Taman Malinja https://mygeoname.mygeoportal.gov.my/index.jsp http://mygeoname.mygeoportal.gov.my/exportpdf00.js... https://postcode.my/selangor-tanjong-karang-taman-... https://tindakmalaysia.maps.arcgis.com/apps/instan... https://web.archive.org/web/20210505072114/https:/... https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/ https://geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Taman_... https://www.geonames.org/12746507/taman-malinja.ht... https://www.mygeomap.gov.my/1mm_frontpage_bi/index...